isu pencemaran udara
ISU PENCEMARAN UDARA
Pengenalan
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, moral bermaksud sebagai ajaran atau pegangan yang berkenaan dengan baik dan buruk dalam sesuatu perbuatan. Perlakuan moral adalah perbuatan yang bersifat moral. Sebagai contoh, berbudi bahasa serta mematuhi peraturan merupakan perlakuan moral. Orang yang bermoral akan membuat pertimbangan tentang sesuatu keinginan dengan berdasarkan peraturan masyarakat yang telah diterima secara rasional (Omar A.Z, 2016). Tiga dimensi manusia iaitu pemikiran, perasaan dan perlakuan merupakan konsep yang perlu dipatuhi oleh orang yang moral. Selain daripada itu, etika adalah diertikan sebagai kajian falsafah tentang moral, iaitu kelakuan yang baik, sikap moral, keadilan sosial, tanggungjawab moral dan ciri-ciri kehidupan yang baik. (Grassian V,1987). Konsep etika dapat dilihat dari tiga sudut iaitu kandungan, bentuk dan dimensi etika. Etika akan berubah mengikut keperluan masyarakat. Masyarakat perlu mematuhi dan memahami peraturan dalam kandungan etika. Jika tiada peraturan masyarakat, seseorang akan menjadi kurang bermoral serta gejala sosial akan berlaku. Peraturan masyarakat penting kerana ia dapat menjamin kesejahteraan kehidupan masyarakat .Etika ini tiada balasan kecuali yang berkaitan dengan undang-undang akan dihukum. Menurut kamus dewan edisi keempat, akhlak bermaksud budi pekerti, kelakuan dan tabiat. Akhlak merupakan sesuatu sistem yang menilai perbuatan zahir dan batin manusia secara individu, berkumpulan,dan satu masyarakat. Dimensi adalah sama dengan moral iaitu melibatkan pemikiran, emosi dan tingkah laku tetapi berbeza dari segi sumber rujukan. Moral merujuk kepada norma dan masyarakat manakala akhlak merujuk kepada kitab suci Al-Quran dan nilai-nilai Islam. Konsepnya adalah sama dengan konsep moral iaitu berkenaan dengan kelakuan yang baik dan buruk. Walau bagaimanapun, konsep akhlak melibatkan hal zahir dan batin dengan lebih mendalami iaitu bukan sahaja melibatkan pemikiran, perasaan dan tingkah laku malah juga melibatkan soal hati dan niat. Perbuatan yang baik perlu disertakan dengan niat yang betul. Perlakuan manusia yang berakhlak baik atau buruk akan mendapat balasan serta selepas kematian.
Punca/faktor berlakunya pencemaran udara
1. Aktiviti pembangunan dan perindustrian
Pada era modenlisasi ini, perkembangan ekonomi negara kian bergantung kepada industri-industri yang menghasilkan barang-barang untuk mengeksport ke luar negara atau digunakan dalam kegunaan aktiviti domestik. Contoh aktiviti perindustrian seperti kilang pembuatan kereta, elektronik, dan penghasilan baja. Kilang-kilang yang menghasilkan produk-produk tertentu biasaannya melepaskan asap tanpa pemasangan alat penapis udara telah menyebabkan terjadinya pencemaran udara. Dalam hal ini pelepasan pencemar udara dari kilang-kilang seperti gas karbon dioksida, nitrogen, sulfur dioksida dan hidrokarbon telah membawa kesan sampingan kepada kepada persekitaran alam sekitar dan juga kehidupan manusia.
2. Pembakaran terbuka secara berleluasa
Pembakaran terbuka merupakan antara salah satu faktor kepada pencemaran udara. Hal ini dikatakan demikian kerana pembakaran terbuka sering berlaku di kawasan tapak pelupusan sampah sampah, sisa pepejal di kawasan industri dan tapak pembinaan, pembakaran hutan secara berleluasa, sisa kebun dan juga sisa perladangan. Contohnya, pembakaran terbuka seperti di kawasan hutan mahupun kediaman juga boleh menyebabkan masalah jerebu. Ini berikutan asap hasil pembakaran terbuka beralih ke sekitar banda raya mengikut arah tiupan angin. Dalam hal ini, keadaan jerebu akan menjadi lebih serius pada musim panas panjang disebabkan tiupan angin telah membawa pratikel jelaga yang turut menyumbang masalah jerebu yang mampu menjejaskan kesihatan awam.
3. Kenderaan bermotor
Dalam punca-punca berlakunya pencemaran udara, kenderaan bermotor merupakan penyumbang utama kepada isu pencemaran udara. Hal ini dikatakan demikian kerana masyarakat yang berada dalam era modenlisasi ini amat bergantung kepada pengangkutan bermotor seperti penggunaan kereta, motorsikal, lori, dan kapal terbang. Setiap kenderaan bermotor telah melepaskan asap kenderaan yang mengandungi gas berbahaya atau bertoksik seperti karbon monoksida ke udara. Hal ini disebabkan kerana kenderaan bermotor amat memerlukan tenaga yang banyak untuk bergerak melalui proses pembakaran bahan api fosil. Dalam hal ini, terdapat juga sebahagian kenderaan yang tidak melakukan servis berkala telah turut mencemarkan udara apabila kenderaan seperti ini melepaskan asap hitam seperti gas karbon monoksida, nitrus oksida, hidrocarbon dan habuk-habuk kecil yang berlebihan ke ruang udara.
4. Aktiviti harian yang dilakukan oleh manusia
Isi rumah yang digunakan oleh manusia dalam kehidupan seharian telah menyumbang kepada pencemaran udara melalui penggunaan tenaga mesin dan perkakas elektik seperti peti sejuk dan penyaman udara. Pelepasan CFC iaitu clorofluorokarbon telah dilepaskan ke udara apabila cecair penyejuk digunakan seperti penyaman udara dan peti sejuk. Pelepasan CFC ini bukan sahaja menyebabkan pencemaran udara maka juga dapat menyebabkan penipisan lapisan ozon. Selain itu, asap rokok merupakan salah satu aktiviti harian manusia yang menyumbang kepada masalah pencemaran udara di banda raya ini. Tabiat manusia yang menghisap rokok di tempat-tempat awam seperti kawasan menunggu bas dan tempat riadah telah menjejaskan tahap kualiti udara di kawasan-kawasan bandar. Dalam hal ini, aktiviti merokok yang melepaskan asap toksik ke udara telah membahayakan kesihatan orang sekeliling jika menghidu asap tersebut.
Kesan-kesan pencemaran udara
1. Kesihatan manusia terjejas
Pencemaran udara telah menyebabkan manusia mudah menghadapi masalah repirasi iaitu sistem pernafasan manusia terjejas akibat selalu menghidu udara yang tecemar. Hal ini telah menunjukkan manusia memerlukan udara yang bersih untuk meneruskan hidup dengan baik. Disebabkan udara telah dicemar, sistem pernafasan manusia akan menyerap bahan pencemar ke dalam paru-paru. Ini akan mengakibatkan proses penukaran karbon dioksida kepada oksigen tidak dapat dilakukan dan darah akan mengalami kekurangan oksigen. Hal ini akan menyebabkan fungsi paru-paru terjejas dan sistem pengaliran darah mengalami masalah. Oleh itu, kesihatan manusia akan semakin terjejas.
2. Kemusnahan habitat flora dan fauna
Habitat flora dan fauna telah dialami kerosakan seperti nerosis iaitu keguguran daun, klorosis iaitu pertukaran warna dan pertumbuhan terbantut. Hal in demikian kerana tumbuh-tumbuhan memerlukan udara dalam proses fotosintesis dan tumbesar. Jika udara mengandungi bahan pencemar, ini akan mengakibatkan kekurangan karbon dioksida untuk proses penghasilan klorofil yang akan menjejaskan tumbuh-tumbuhan tidak dapat menyerapkan mineral yang secukupnya. Hal ini telah menyebabkan tisu-tisu tumbuhan mengalami masalah dan akan reput akibat tindak balas bahan pencemar yang terlekat pada pokok-pokok dan tumbuhan. Tumbuh-tumbuhan akan terdedah kepada pelbagai penyakit dan basil keluarannya akan terancam. Fenomena ini akan menyebabkan kekurangan sumber makanan dan ekonomi terhadap sebahagian penduduk yang memerlukan hasil kebun yang berkualiti dan berkuantiti seperti pekebun sayur-sayuran, pekebun buah-buahan dan juga petani.
3. Hujan asid
Pencemaran udara juga boleh menyebabkan berlakunya hujan asid. Hal ini disebabkan oleh penggabungan gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan air hujan dan kemudiannya menjadi asid sulfurik dan asid nitrik. Asid tersebut akan turun bersama-sama dengan hujan dan terus menimpa pada permukaan hidupan yang terdapat di dunia. Hal ini telah menyebabkan kemusnahan habitat flora dan fauna, kematian kehidupan air dan hakisan bangunan berlaku. Selain itu, titisan air hujan juga akan meresap ke dalam tanah sehingga menyebabkan kualiti tanah berkurangan dan berlakunya hakisan tanah.
4. Kesan rumah hijau dan pemanasan global
Pencemar udara seperti gas karbon dioksida, sulfur dioksida, hidrokarbon dan CFC iaitu cluorofluokarbon telah mengakibatkan penipisan lapisan ozon. Penipisan lapisan ozon berlaku kerana pencemar udara bertindak balas dengan lapisan ozon sehingga menguraikan oksigen yang membentuknya. Peningkatan kandungan karbon dioksida telah menyebabkan peningkatan suhu setempat yang menyebabkan kesan rumah hijau. Penipisan lapisan ozon akan mengakibatkan sinaran ultra-ungu menembusi atmosfera tanpa lapisan dan menjejaskan kesihatan manusia.
Langkah-langkah untuk mengatasi pencemaran udara
1. Menghijaukan kawasan bandar
Menghijaukan kawasan merupakan satu aktiviti untuk menanam pokok-pokok seperti pokok buah-buahan di persekitaran taman perumahan yang dapat mengatasi pencemaran udara serta dapat mengurangkan masalah peningkatan suhu di persekitaran bandar. Hal ini dikatakan demikian kerana pokok-pokok dapat menyerap kandungan karbon dioksida yang terdapat dalam udara dan membebaskan kandungan oksigen apabila menjalankan proses fotosintesis.
2. Penguatkuasaan undang-undang
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diberi kuasa untuk mengawasi mana-mana kilang di negeri masing-masing. Oleh itu, jika ada kilang yang tidak mematuhi akta kualiti alam sekitar, penduduk di sekitarnya boleh membuat aduan kepada PBT untuk diambil tindakan dengan selanjutnya. Oleh itu, pihak kerajaan haruslah mengambil tindakan terhadap pihak-pihak yang membuat kesalahan dengan memberikan hukuman yang setimpal dengan kesalahan perbuatan yang dibuat oleh pihak yang mencemarkan alam sekitar.
3. Memperkenalkan pendidikan alam sekitar
Pihak sekolah haruslah memperkenalkan pendidikan alam sekitar dalam kalangan pelajar. Hal ini dikatakan demikian kerana pendidikan alam sekitar telah melibatkan pelbagai aspek yang menjurus ke arah pengekalan alam sekitar yang sejahtera. Satu kurikulum yang kursus perlu digubal agar pendedahan yang sistematik dapat dilaksanakan. Kurikulum ini boleh diselitkan dalam mata-mata pelajaran lain seperti pendidikan moral dan juga boleh dijadikan satu mata pelajaran kursus bagi menyemaikan kesedaran secara lebih berkesan dalam kalangan pelajar. Hal ini dapat memberikan kesedaran kepada pelajar tentang kepentingannya alam sekitar terhadap kehidupan manusia, oleh itu pelajar-pelajar dapat menyedarikan bahawa kebersihan alam sekitar hendaklah dijaminkan oleh semua pihak.
4. Mewujudkan program kitar semula
Pencemar udara adalah akibat pembakaran terbuka secara berleluasa yang dilakukan oleh beberapa penduduk untuk mengurangkan sampah di sekitar taman perumahan boleh diatasi dengan menggalakkan penduduk-penduduk setempat untuk menjual barang-barang yang boleh dikitar semula kepada perniaga-perniaga yang memerlukan barang terpakai. Di antaranya barang yang boleh dikitar semula adalah surat khabar, majalah lama, kertas yang sudah terpakai dan kotak kertas. Barang-barang tersebut merupakan barang yang boleh dikitar semula untuk menghasilkan sesuatu barang yang baharu seperti kertas baru.
5. Aktiviti pengongsi kereta/ penggunaan kenderaan awam
aktiviti pengongsian kereta dan penggunaan kenderaan awam merupakan salah satu langkah untuk mengatasi pencemaran udara dengan berkesan. Hal ini dikatakan demikian kerana pengurangan kenderaan bermotor di jalan raya dapat mengurangkan pelepasan gas-gas pencemar dengan lebih efisien. Dalam hal ini, pelepasan kandungan karbon dioksida mengurang sebanding dengan pengurangan kenderaan di jalan raya. Oleh itu, kalau penduduk-penduduk setempat dapat menjalanakan aktiviti pengonsian kereta serta banyak menggunakan kenderaan awam pasti dapat mengurangkan pencemaran udara kerana pelepasan pencemar udara telah dikurangkan.
Disediakan oleh: WONG QIAN EN Dan LIONG HUI SHAN
评论
发表评论