博文

isu pencemaran udara

ISU PENCEMARAN UDARA Pengenalan   Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, moral bermaksud sebagai ajaran atau pegangan yang berkenaan dengan baik dan buruk dalam sesuatu perbuatan. Perlakuan moral adalah perbuatan yang bersifat moral. Sebagai contoh, berbudi bahasa serta mematuhi peraturan merupakan perlakuan moral. Orang yang bermoral akan membuat pertimbangan tentang sesuatu keinginan dengan berdasarkan peraturan masyarakat yang telah diterima secara rasional (Omar A.Z, 2016). Tiga dimensi manusia iaitu pemikiran, perasaan dan perlakuan merupakan konsep yang perlu dipatuhi oleh orang yang moral. Selain daripada itu, etika adalah diertikan sebagai kajian falsafah tentang moral, iaitu kelakuan yang baik, sikap moral, keadilan sosial, tanggungjawab moral dan ciri-ciri kehidupan yang baik. (Grassian V,1987). Konsep etika dapat dilihat dari tiga sudut iaitu kandungan, bentuk dan dimensi etika. Etika akan berubah mengikut keperluan masyarakat. Masyarakat perlu mematuhi dan memaham...